Facebook

TIPS KERJAYA

COMING SOON

IKLAN

COMING SOON

KERJAYA PEMBANTU TADBIR

Rahsia dapat KERJA melalui  Kerjaya PEMBANTU TADBIR
Latihan Disediakan Buat Calon Pembantu Tadbir.

Dari Meja : Institut Perdagangan Munshi
Lokasi : Kuantan Pahang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh buat calon Latihan Kerjaya Pembantu Tadbir.

Jawatan Pembantu Tadbir N17 (Perkeranian/Operasi) adalah salah satu jawatan yang berpemintaan tinggi dalam sektor kerajaan.

TESTIMONI 1
NURFAZIRAH BINTI RAZALLI
SK-KS 06/5899/13
NOVEMBER 2013-APRIL 2014
Facebook: https://www.facebook.com/eira.emily93?fref=ts

PENTADBIRAN PEJABAT:
“Apa yang didapati di dalam subjek Pentadbiran Pejabat antaranya ialah saya dapat mengetahui struktur dan fungsi sesebuah organisasi. Selain itu, saya dapat mengetahui cara pergaulan di pejabat. Hal ini dapat memudahkan saya menyesuaikan diri di tempat kerja kelak. Saya juga belajar tugas-tugas rutin setiausaha, cara menyimpan fail dengan betul juga cara pengendalian komunikasi pejabat seperti pengurusan panggilan masuk dan panggilan keluar telefon.”

MOTIVASI KERJAYA:
“Apa yang saya dapat pelajari dalam motivasi kerjaya ialah saya dapat belajar menetapkan matlamat dengan betul. Saya juga belajar untuk sentiasa lebih positif dalam hidup dan lebih berkeyakinan untuk menghadapi dunia kerjaya kelak.”

ENGLISH COMMUNICATION:
“Apa yang saya dapati dalam subjek English Communication ialah saya dapat meningkatkan kemahiran dalam penggunaan Bahasa Inggeris. Saya dapat belajar cara berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan betul melalui Present Tense, Past Tense dan Future Tense.”

ASAS PERAKAUNAN:
“Sebelum ini, saya tidak pernah belajar Asas Perakaunan dan saya menganggapkan asas perakauan ini merupakan subjek yang susah. Namun, sebelah saya pelajari Asas Perakauan di IPM, saya dapati subjek ini tidak sesukar yang dijangkakan. Antara yang saya pelajari cara membuat lejer, dokumentasi, invois, kunci kira-kira dan sebagainya.”

KECEKAPAN MENAIP:
“Apa yang saya pelajari dalam Kecekapan Menaip ialah saya dapat pelajari cara menaip dengan menggunakan kod jari untuk menaip. Kini, saya dapat menaip dengan lebih pantas dan cekap. Saya juga dapat menyiapkan tugasan dengan lebih cepat dengan penggunaan kod jari ketika menaip.

APLIKASI KOMPUTER:
“Di dalam aplikasi komputer, saya dapat pelajari 3 program dalam MS Office iaitu MS Word, MS Power Point dan MS Excel. Banyak perkara baru yang saya dapat pelajari seperti dalam Mail Merge. Saya juga mempelajari cara-cara menulis surat dengan menggunakan format-format yang betul. Dahulu saya hanya ‘pakai guna’ sahaja program ini tanpa mengentahui cara penggunaan aplikasi komputer dengan betul. Kini, saya dapat membuat tugasan dengan lebih mudah dan cepat dengan menggunakan format-format yang tepat.”

TRENGKAS:
Apa yang saya dapati dalam Trengkas ialah saya dapat belajar cara mengguris perkataan iaitu dengan menggunakan simbol-simbol tertentu. Hal ini dapat meringkaskan ayat yang panjang menjadi lebih pendek. Pendek kata, saya dapat belajar cara menulis bahasa rahsia ketika menghadiri mensyuarat ditempat kerja kelak. Trengkas merupakan satu kemahiran yang unik untuk dipelajari.

SARANAN:
Saya sarankan rakan-rakan di luar sana untuk mengikuti kursus di IPM ini kerana banyak ilmu baru yang dapat anda pelajari di sini dan dapat memudahkan anda untuk menceburi alam pekerjaan dengan memilih kemahiran-kemahiran di IPM. Ia merupakan jalan yang mudah untuk anda menceburkan diri di alam pekerjaan hanya selama 6 bulan untuk mengikuti kursus ini. Saya sudah, anda bila lagi?
 TESTIMONI 2

MOHAMMAD AMINULLAH BIN MUHTAR
SK-PP 06/5892/13
NOVEMBER 2013-APRIL 2014
Fb: https://www.facebook.com/profile.php?id=100001388302948&fref=ts

PENTADBIRAN PEJABAT:
Dapat mempelajari cara-cara berkomunikasi di dalam pejabat dengan betul. Cara membuat minit mesyuarat. Menjawab telefon dan sebagainya. Cara-cara melakukan tugas sebagai setiausaha, petadbir, pembantu tadbir dan lain-lain. Persediaan bila bekerja kelak di dalam keadaan  dan situasi di dalam pejabat.

MOTIVASI KERJAYA:
Memotivasikan diri sendiri dengan pelbagai cara. Lebih kuat dan tabah menghadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupan. Dapat belajar sifat seseorang itu melalui “NOMBOR”. Jika boleh saya ingin belajar atau mengetahui lebih mengenai “NOMBOR” yang penuh dengan makna yang tersirat. Cara untuk menghadapi dunia kerjaya yang penuh pancaroba kelak.

ENGLISH COMMUNICATION:
Dapat menaiktarafkan sebutan saya dalam Bahasa Inggeris. Memperbetulkan ejaan dan ayat dengan format yang betul. Penggunaan “TENSES” dengan sempurna dan sesuai dengan keadaan situasi yang diperlukan oleh ayat itu.

ASAS PERAKAUNAN:
Sebelum ini saya tidak pernah belajar atau tahu menahu tentang perakauan. Semenjak masuk disini saya sudah mempelajari banyak perkara mengenai perakauan. Walaupun agak sedikit lemah tetapi saya cuba untuk mendapatkan lebih mengenai perakauan. Sekarang saya sudah pandai menggunakan lejar dengan cara yang betul.

KECEKAPAN MENAIP:
Dapat belajar satu kemahiran yang bukan senang orang lain boleh dapat pada masa kini. Mempelajari menggunakan kod jari. Saya rasa beruntung dapat menggunakan mesin taip lagi pada zaman serba moden sekarang. Ramai orang zaman sekarang tidak dapat peluang yang ada seperti ini.

APLIKASI KOMPUTER:
Dapat menggunakan MS Word, Power Point dengan yang betul. Selama ini hanya menggunakannya dengan cara sendiri sahaja tanpa mengikut format yang sebetulnya. Seronok dapat belajar aplikasi komputer ini kerana ianya sangat penting di dalam bidang ini.

SARANAN:
Menyarankan orang luar sana supaya memperkenalkan IPM ini lebih meluas kerana segalanya ada disini. Menjamin masa depan dan peluang kerjaya yang cerah. Apa yang dipelajari disini juga amat berguna kepada diri sendiri mahupun orang lain. Rugilah jika kita lepaskan peluang yang ada ini. Jom Masuk IPM.. J

TESTIMONI 3
NUR ROBAAHTI BINTI ABDULLAH
SK-PP 05/5887/13
OKTOBER 2013-APRIL 2014

PENTADBIRAN PEJABAT:
Saya dapat memahami sistem dalam pentadbiran di pejabat. Antaranya ialah pengendalian sistem fail, perancangan mesyuarat, pergaulan di pejabat, pengendalian komunikasi pejabat, pengurusan surat serta etika di pejabat. Ia juga dapat membantu saya sepenuhnya dalam mentadbir pejabat semasa saya bekerja nanti.

MOTIVASI KERJAYA:
Motivasi Kerjaya memberikan saya motivasi agar menjadi lebih berkeyakinan semasa berada di alam pekerjaan nanti. Ia juga memberikan saya suntikan dan semangat dalam menghadapi cabaran yang ada di pejabat.

ENGLISH COMMUNICATION:
Mengajar saya untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik. Ini kerana Bahsa Inggeris juga amat penting dalam alam pekerjaan. Dan saya kini boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris.

ASAS PERAKAUNAN:
Saya dapat mempelajari sikit sebanyak mengenai akaun. Akaun sangat mudah sebenarnya. Bagi yang meminati bidang akauntan, mereka boleh belajar asas perakaunan di IPM ini kerana ia sangat mudah untuk difahami.

KECEKAPAN MENAIP:
Dapat menaip dengan pantas
Dapat menggunakan kod jari dengan betul
Dapat mengetahui fungsi pada mesin taip

APLIKASI KOMPUTER:
Dapat mempelajari dua program Microsoft dalam komputer iaitu MS Word dan MS Power Point. Dapat mempelajari sistem dalam komputer.

TRENGKAS:
Dapat mempelajari sesuatu kemahiran yang orang lain tidak mungkin dapat.
Dapat menguasai bahasa trengkas dengan betul.

SARANAN:
Saya menyarankan kepada rakan-rakan diluar sana untuk mengikuti program di IPM ini kerana program disini sangat berguna untuk kita semua semasa berada di alam pekerjaan.

TESTIMONI 4
NURAINUN HIDAYAH BINTI MOHD AZMI
SK-PP 06/5893/13
NOVEMBER 2013-APRIL 2014
Fb: https://www.facebook.com/nurainun.azmi?fref=ts

PENTADBIRAN PEJABAT:
Pendedahan tentang situasi atau keadaan dalam organisasi pentadbiran
Mengenalpasti tugas-tugas rutin yang sering dilakukan oleh kerani (N17)
Penyimpanan data atau rekod pekerja, pelanggan, pelabur dalam sistem perfailan yang sistematik.

MOTIVASI KERJAYA:
Pelajar di IPM akan lebih bersedia untuk memasuki dunia pekerjaan
Menjauhkan diri bakal-bakal pekerja baru dari sifat-sifat rendah diri, tidak yakin, kurang kesabaran dan tidak jujur.

ENGLISH COMMUNICATION:
Dapat mempelajari basic-basic tentang tense yang simple.
Membaiki cara sebutan bila berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.
Dapat meyakinkan diri bila berhadapan dengan pelabur-pelabur asing dari luar bila dalam dunia perniagaan.

ASAS PERAKAUNAN:
Cara merekodkan aktiviti jual beli dengan betul dari dokumen seperti invois, fail tunai, cek ke dalam lejar dan buku tunai. Dapat mempelajari sistem perakaunan yang ringkas dan padat. Mendedahkan aktiviti sistem jualbeli yang sebenar.

KECEKAPAN MENAIP:
Dapat membaiki cara penaipan ayat yang lebih cepat.
Mendisiplinkan diri untuk menaip dengan lebih cepat pada masa yang ditetapkan. Dapat memaksimumkan daya kecekapan pelajar dalam menaip.

APLIKASI KOMPUTER:
Mempelajari asas-asas aplikasi komputer seperti MS Word, MS Power Point dan MS  Excel. Menyediakan pelbagai jenis surat, pengiraan dan animasi yang lebih menarik dan kemas. Menyediakan pelbagai kad yang tersendiri melalui MS Power Point.

SARANAN:
IPM dapat menyediakan peluang yang lebih cerah agar setiap individu memasuki dalam pekerjaan dengan lebih yakin.

TESTIMONI 5
NORAINI BINTI ABDUL HAMID
SK-PP 06/5896/13
NOVEMBER 2013-APRIL 2014

PENTADBIRAN PEJABAT:
Kelebihan dalam pentadbiran pejabat ialah belajar tentang sistem bekerja di dalam pejabat. Belajar tentang etika semasa di pejabat seperti disiplin cara berpakaian, penggunaan peralatan pejabat, cara menerima dan melayan pelanggan dan tetamu. Belajar tentang sistem perfailan dokumen, cara membuat minit mesyuarat serta cara membuat borang pesanan telefon.

MOTIVASI KERJAYA:
Kelebihan motivasi kerjaya ialah mengenali diri kita dan Pencipta. Belajar mengenali kelemahan dan kebaikan yang ada dalam diri. Belajar cara meningkatan imej diri serta cara menyesuaikan diri dengan orang lain. Belajar tentang mengasah bakat yang terpendam serta tentang keyakinan diri.

ENGLISH COMMUNICATION:
Kelebihan English Communication ialah belajar tentang spelling, cara membaca dan menyebut setiap ayat dengan betul. Belajar mengarang esei tentang diri, keluarga serta tentang keyakinan diri.

ASAS PERAKAUNAN:
Kelebihan Asas Perakaunan ialah cara belajar mengisi buku tunai, cara membuat akaun dalam buku lejar, cara membuat kunci kira-kira. Belajar tentang dokumentasi, invois, belian, order dan baucar pembayaran.

KECEKAPAN MENAIP:
Kelebihan kecekapan menaip ialah belajar tentang penggunaan mesin taip dengan betul, cara menggunakan kod jari, mengenal fungsi-fungsi pada mesin taip, cara pengiraan margin awal dan margin akhir. Belajar tentang manuskrip dan taipskrip serta cara pengiraan psm.

APLIKASI KOMPUTER:
Kelebihan Aplikasi Komputer ialah belajar tentang cara penggunaan kod jari, membuat surat serta sampul surat. Belajar cara mengisi data-data dalam mail merge. Mempelajari cara membuat borang dan invois, cara membuat carta organisasi, pelan serta slide show.

SARANAN:
Kelebihan di IPM ialah tenaga pengajar yang cekap, dedikasi serta suasana belajar yang tidak bosan. Ilmu tidak akan datang bergolek jika kita tidak mencarinya.

TESTIMONI 6
NOR AISYAH BINTI ABDUL HAMID
SK-PP 06/5897/13
NOVEMBER 2013-APRIL 2014
Fb: https://www.facebook.com/nor.eisya.56?fref=ts

PENTADBIRAN PEJABAT:
Subjek Pentadbiran Pejabat amat bagus dalam mempelajarinya. Di antaranya dapat belajar tugas seorang kerani, pengendalian komunikasi pejabat, sistem pengurusan pejabat, pengendalian mesyuarat, etika

MOTIVASI KERJAYA:
Skop modul ini dapat kita pelajari dari aspek kecemerlangan diri: dunia & akhirat, mengenali diri dan mengenal Pencipta diri (ALLAH), personaliti, keyakinan diri dan sikap positif diri.

ENGLISH COMMUNICATION:
Dalam English Communication dapat mempelajari spelling yang betul, membaca dan sebutan yang betul.

ASAS PERAKAUNAN:
Kelebihan kursus di IPM ialah dapat belajar buku tunai, cara membuat akaun dalam buku lejar dan membuat pengiraan kunci kira-kira, dokumentasi seperti invois, payment voucher, delivery order dan purchase order.

KECEKAPAN MENAIP:
Dapat mempelajari cara penggunaan kod jari, mempelajari fungsi-fungsi mesin taip, pengiraan margin awal dan margin akhir, belajar menaip taipskrip & manuskrip dan pengiraan p.s.m.

APLIKASI KOMPUTER:
Dapat mempelajari cara penggunaan kod jari, cara membuat surat dan sampul serta mail merge, cara penggunaan table, cara membuat borang, invois, cara membuat pelan, carta organisasi, carta serta membuat slide.

SARANAN:
Peluang hanya datang sekali dan mencari ilmu bukan sesuatu yang mudah.

TESTIMONI 7
NURZUHAIDA BINTI ZAILANI
SK-PP 06/5900/13
NOVEMBER 2013-APRIL 2014
Fb: https://www.facebook.com/aida.zailani?fref=ts

PENTADBIRAN PEJABAT:
Dapat mengetahui struktur dalaman pejabat
Belajar tentang perkara-perkara yang harus dilakukan sebelum mesyuarat
Dalam sistem penyimpanan fail dapat belajar tentang cara-cara penyimpanan fail mengikut abjad.

MOTIVASI KERJAYA:
Di dalam kelas motivasi kerjaya, saya dapat mempelajari banyak ilmu yang sebelum ini tidak pernah tahu. Antaranya ialah saya dapat mengenali diri saya. Saya juga diajar cara untuk meningkatkan keyakinan diri. Sebelum ini saya berasa kurang keyakinan diri bila berada dalam kumpulan yang ramai. Tetapi sekarang membantu saya meningkatkan keyakinan diri.

ENGLISH COMMUNICATION:
Semasa di sekolah, saya amat lemah dalam English sehinggakan keputusan peperiksaan saya hanya  dapat gred D dan E. Di sini, Encik Shariff banyak membantu dari segi sebutan yang betul dengan jelas membuatkan saya lebih rasa berminat untuk belajar dan meningkatkan English Communication dalam hari-hari yang mendatang. Saya juga rasa saya sekarang boleh bertutur dan membaca dalam Bahasa Inggeris lebih baik daripada sebelum ini.

ASAS PERAKAUNAN:
Sebelum ini saya tidak pernah tahu apa itu akaun dan tidak pernah belajar. Di sini saya telah didedahkan dengan asas akaun. Pada mula-mula pembelajaran, saya berasa akaun amatlah susah. Tapi sekarang saya berasa asas akaun senang daripada subjek Matematik. Yang boleh diguna pakai dalam pekerjaan saya nanti. Antaranya invois, purchase order dan lain-lain.

KECEKAPAN MENAIP:
Dalam kecekapan menaip, saya diajar cara menaip dengan cepat lagi pantas dengan menggunakan kod jari yang telah ditetapkan satu-satu jari yang disediakan oleh pihak IPM. Setiap jari sudah dikhaskan untuk setiap huruf bagi mempercepatkan saya menaip.

APLIKASI KOMPUTER:
Sebelum ini saya hanya tahu asas komputer sahaja. Apabila berkursus disini saya didedahkan dengan 3 program iaitu MS Word, MS Power Point dan MS Excel. Dalam program MS Word, saya belajar mencetak surat dalam kuantiti yang banyak dalam satu-satu masa. MS Power Point, saya menggunakan banyak warna dan MS Excel saya dapat menyelesaikan dan menilai jawapan dengan cepat dan tepat.

SARANAN:
Saranan saya bagi rakan di luar sana, banyak manfaat yang saya dapat. Antaranya ialah saya dapat lebih berkeyakinan semasa berada dalam golongan yang ramai. Dapat mempelajari asas akaun, kecekapan menaip dalam masa yang singkat kerana setiap orang yang inginkan kerja sebagai kerani haruslah cekap menaip. Tidak rugi jika anda masuk belajar di IPM.

Sebelum itu, kami ingin mengajak anda untuk bertanya
pada diri sendiri, sebelum membuat sebarang keputusan.
Supaya anda, benar-benar tahu, adakah anda perlu
menyertai kursus ini atau sebaliknya.
=====================================
TANYA DIRI, ADAKAH ANDA INGIN BEKERJA
DAN BERKERJAYA DALAM BIDANG INI  :
=====================================
–> Menjawat Jawatan Pembantu Tadbir
di jabatan kerajaan dan swasta [Ya/Tidak]
–> Mempelajari  teknik temu duga berkesan
dan diterima oleh majikan [Ya/Tidak]
–> Mempelajari sistem fail dan komunikasi
di pejabat [Ya/Tidak]
–> Mempelajari teknik menyediakan
akaun kewangan syarikat [Ya/Tidak]
–> Mempelajari teknik pengurusan stres
di tempat kerja [Ya/Tidak]
–> Mahir berkomunikasi dalam
Bahasa Inggeris [Ya/Tidak]
–> Mahir menaip pantas [Ya/Tidak]
–> Mahir menggunakan program
komputer di pejabat [Ya/Tidak]
–> Penampilan & Berketerampilan menarik
memenuhi pasaran kerjaya pilihan [Ya/Tidak]
Sekiranya majoriti jawapannya adalah YA,
maka kursus ini adalah untuk anda.
=================================
KELEBIHAN INSTITUT PERDAGANGAN MUNSHI
=================================
✓ Program ini PERTAMA di Pantai Timur.
✓ Beroperasi sejak 1986.
✓ Melatih dalam Kumpulan Kecil (Personal Coaching).
✓ Telah melatih lebih 5000 pelatih di seluruh Malaysia.
✓ Modul menepati pasaran kerjaya masa kini.
✓ Tenaga Pengajar terlatih dalam bidang masing-masing.
✓ Latihan Industri disediakan.
✓ Peluang Pekerjaan di jabatan kerajaan / swasta / badan berkanun.
==============
SIAPA PERLU HADIR
==============
✓ Lepasan STPM
✓ SPM
✓ Diploma
✓ Ijazah
✓ Pekerja
======
TERKINI
======
Alhamdulillah Tahniah Irna Rofiza binti Mohd Sukeri
di terima bekerja di Bredero Shaw dengan pendapatan RM2K sebulan!
Tahniah Nur Fazlina Abdul Rahman diterima bekerja
di Kementerian Kesihatan dan ditempatkan Negeri Melaka.
========
PERCUMA
========
PERCUMA BAUCAR 10% jika mendaftar hari ini
Sesi Kemasukan 09  Jun 2014

Kursus ini ditujukan KHAS kepada anda yang ingin kami
dedahkan secara LIVE & EKSLUSIF bagaimana RAHSIA
Bekerja di Pejabat Kerajaan dan Swasta.

Inilah kenyataan yang perlu anda terima.

Kami hanya memilih 20 orang sahaja daripada ratusan pembaca kami.

Tiada istilah terlambat kerana, kami bakal
kongsikan FORMULA & RESEPINYA satu persatu.
Jangan percaya kata-kata manis ini. Daftar dan nilai sendiri.
LOCK penyertaan anda sekarang juga!